Time Machine.


Assalamualaikum.
okay, as i get back from vector calculus exam yang..
entah lah, nampak okay.
bukak je data terus berdesup masuk whatsapp si fatin and mira ni..
in FAMISA.
haha.



dipendekkan cerita malam tu kami mengimbau kenangan lama.
eh apasal malam tu, tadi je baru padahal..hahaha
unfortunately kenangan kami bersama kat sekolah terhenti setakat tingkatan 3 je sebab,,
 i entered MRSM SERTING masa form 4.
tempat adik saya sedang belajar sekarang, he's form 4 and single and tengah sibuk nak jadi hensem sekarang..
hahahaha



jadi mira pun mengeluarkan sebahagian besar harta karun keladak dia.
dari kamera high resolution tu lowest resolution which is kamera phone nokia lama tu T_T
tolong lah jangan gelak.
this is 4 and 5 years ago.
i repeat, FOUR AND FIVE YEARS AGO.



okay ni macam tak valid sangat sebab masa form 4..hahaha




aku tak tau lah kenapa aku tak makan je ais krim tu instead of ambil gambar T_T



mek mira, hos rancangan mari melukis musim ke 1000.



nasib baik tak kena hempuk kepala dengan tcr Sri Valli sebab tidur dalam kelas dia.



ya Allah muka, resoution camera T_T



mira makes me laugh everytime i look at her expression, like dia nak cakap "i am the cutest" LOL



jamuan form 2..aimran the chinese boy at the back!



mulut nisa senonoh sikit haishh



okay kau tutup terus mulut dengan topi tu nisa, bagus T_T



mira dengan muka, cermin mata..fatin dengan tangan otomen dia goshh posing zaman purba bila ni weh.



diorang cakap aku tengah angankan pakwe kelas bawah time ni..tak ingat pun?haih.



hanya mampu ketawa melihat gambar ini *nangis



okay all those ribbons and crown maaf mengganggu sebab biasalah zaman jahiliah.
banyak benda tak patut nampak muncul..haha
masa ni nisa kurus sangat..berat tak pernah lebih 49 kg..
always underweight.
and i'm like the most matang and mummy among these two girls.
they will be like hu ha hu ha..and i laugh and said, dah jangan merepek.



ingat masa dulu nisa pernah suka kat seorang manusia ni masa form 2.
suka macam tu je, like..helo dia suka i dulu..hahaha
then bila TERheboh yang nisa suka dia..tiba tiba..
girlfriend dia ke ex girlfriend dia ke siapa entah sebarkan fitnah terbesar yang saya ni mengganggu hubungan mereka.
like come on lah kakak saya form 2 baru kakak.
pmr pun tak kemana lagi.
saya usik dia yang tak berapa nak sado tu pun tak pernah, number phone pun takde and tak pernah nak cari pun.
okay i don't mind about her being paranoid but jangan lah sebar fitnah about me like i malu kot.
dekat perhimpunan main tunjuk2.
tonyoh hidung tu kang.
sejak tu kami kalau nampak kakak tu memang, menyirap berpanjangan tapi saya sebagai pengawas berkaliber..
saya sabar..haha
dah laa sama sama kuruih kau dengan abang kau tu. :D



i remember one fine day after balik sekolah mira jumpa mr A(bukan pakwe).
saya pun dengan rasa bertanggungjawab pergilah menemani dia sementara fatin pulang dahulu. *BM
hahahaha.
okay they talk, like talk normal talk..lupa dah pasal apa.
then suddenly mira datang dekat nisa, she was like bisik,.
"nisa aku tak dengar dia cakap apa, perlahan sangat."
HAHAHAHA lol
and nisa punya blur masa tu terus spill the word to A,,
" Dia tak dengar lah kau cakap apa, A"
A was like, ooh ooh okay sorry..
mira menahan malu sebab perangai kurang sopan aku masa tu..hahahaha
A said he likes her because she was different from any other girl.
YES, SHE IS DIFFERENT.



okay imbas kembali masa form 1..tiada dalam gambar ye.
fatin pernah kena sakat dengan izwan, classmate kami..
masa tu dia ketua kelas, izwan lah.
masa tu berdiri kot kenapa entah..
then otw nak duduk, si budak ni boleh tarik kerusi fatin ke belakang and as a result fatin terjelupuk atas lantai.
tak tau lah lawak ke apa, i was like...FATIN !
hahaha.
lepas tu fatin terus nangis tak bangun bangun kat bawah tu.
ingatkan sakit sangat..bila tanya balik rupanya sakit tu sakit jugak, tapi dia malu nak bangun sebenarnya.
so nangis jelah kat situ..hahahahaha




ini fatin farhana kamal kini.



kiri itu syamira sahamudin kini.



okay this is me kini..alah korang dah tau..sobs..takpe ni blog i suka hati lah.



i miss them.
i miss being around them.
i miss hanging out with them.
masa tu tak payah smartphone tak payah laptop tak payah boyfriend.
i am happy enough.
sekarang semua dah berubah.
kami dah besar.
just to let you know.
i miss you girls. 





Feeling Guilty Makes You More Human


Assalamualaikum.
so i got HSE Test tomorrow.
Health, Safety and Environment.
lagi dua tahun baru internship, dah ajar sekarang, 
sampai time intern nanti satu apa pun tak ingat.
tak apa lah, the management knows the best kan.
*agaknya



so today nisa nak cakap pasal satu perasaan.
dalam hati.
RASA BERSALAH.
rasa berdosa, kinda, indeed.
bila kita dah buat sesuatu kesalahan,,
dan bila mana masih ada secebis iman dalam dada kita.
akan timbul satu uneasy feeling yang kita panggil rasa bersalah.
tak kisah apa jenis salah kita.
dan tak kira siapa opponent kita.
manusia, haiwan, Allah s.w.t Himself.



kalau kita salah dengan Allah?
sayang, kembali lah pada Dia.
memang setiap masa dalam hidup kita ni..takde lah setiap masa.
sering sangat dalam hidup kita ni kita lalai untuk mengingati dia.
therefore always go back to Allah.
Allah dah berfirman, hanya dengan mngingati Dia hati akan menjadi tenang.
kadang-kadang kita tiba tiba sedar..banyak salah dengan Allah.
hari hari tak tenang..tapi tak tau apa nak buat.
so persetankan segalanya.
banyakkan istighfar.
if orang cakap, "kau bukan baik sangat pun, ingat boleh main taubat2 macam tu je ke?"
habis?
tanpa langkah yang kecil takkan ada langkah yang lebih besar.
kalau tak start, sampai bila bila pun kita akan stay at our point of life yang sangat teruk tu.
kan.



Allah dengar semuanya.
biar manusia tak faham Allah dengar.
minta jalan dari Allah, jadi lebih baik.
bila kita istighfar banyak banyak in syaa Allah Dia akan bawa kita keluar dari kesulitan.






bersalah dengan makhluknya?
kembali juga pada Allah.
kerana Allah pemilik segalanya.
minta maaf, andai sesama manusia.
kadang-kadang kita tak tahu satu ucapan maaf dari kita tu dah cukup buat hati orang lain tu terubat.
ataupun tak berdendam dengan kita.
cuma kadang kadang manusia ni lupa..
kita sombong.
kita lupa takdir Allah tu sangat dekat dengan kita.
sekali kita khianat orang, buat jahat dekat orang.
sooner or later kifarah tu sampai balik kat kita.
sebab kita ada Allah, hakim yang sangat adil.
nothing yang terlepas dari pandangannya.



yes, saya pun manusia..saya akui banyak salah saya.
kifarah Allah tu ada di mana mana.
manusia yang buat salah dengan manusia yang lain, susahkan hidup orang lain,,
tapi hidup dengan tanpa rasa bersalah langsung,,
hati dia mati.
ketahuilah one day korang akan kena lebih teruk dari apa yang korang buat pada orang tu.
even orang tu tak berdendam, orang tu teraniaya dek perbuatan kau.
Allah akan balas.
kalau tak pada diri kita sendiri, kita akan lihat kesengsaraa tu pada orang yang kita sayang.
mak, ayah, adik, kakak, sesiapa sahaja.
life is a cycle.






feeling guilty only makes you a human.
if you don't have one, either towards Allah or towards His creation,,
hubungan dengan Allah ke mana, solat tak jaga, cause itu yang paling vital,,
hubungan dengan manusia tak ambil berat, sakitkan hati orang then buat muka tak bersalah sama ada kat depan mata, atau media sosial macam orang paling suci dalam dunia.
then you don't deserve to be a human.
nor you deserve to be a monkey, or even a pig.
kau tak layak berada di bumi Allah ni sebab sifat angkuh and sombong serta bodoh sombong kau tu.
minta maaf dengan manusia pun taknak, dengan Allah pun kau tak tahu malu.
itu metaforanya.
umum ye.
but if the shoes fit, wear it tolong.



“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah (biji atom), niscaya dia akan menerima (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat dzarrah (biji atom) pun, niscaya dia akan menerima (balasan)nya.” (QS. Al-Zalzalah [99]:7-8)


minta maaf tu tak susah.
manusia je yang menyusahkannya
apa lagi, syaitan pun menjalankan kerjanya.
hasut dan terus meracun fikiran.
ingat janji Allah.
other than that doesn't matter.




Hari Kesepuluh.


Assalamualaikum.
it's 10th of August 2014.
hari kesepuluh.
let's just left the formality out of the writing today.
let's use aku kau instead.


aku rasa macam baru lepas hidup daripada kematian.
aku rasa macam baru lepas dibangkitkan dari tidur yang lama.
seminggu tanpa air mata itu sakit.
Allah itu cukup tau sebab itu dia ciptakan air mata, untuk dijadikan medium meluahkan rasa hati..
when there's no words left for you to say.
cuma kali ni semua tu lebih pedih bagi aku.
sebab untuk menangis pun aku tak mampu.
aku hanya kaku.
beku.


minda aku jadi beku.
otak seakan berhenti berfikir seketika.
perasaan tak usah ditanya, seakan bercampur baur.
baru hari ni kekuatan itu datang untuk menulis sesuatu.
baru hari ini aku rasa aku lebih hidup.
baru hari ni aku rasa macam manusia.


redha ke aku? persoalan yang paling nyata?
semulia mana aku untuk redha pada semua ini.
pada hambaMu yang amat aku percaya,,
yang aku pegang teguh kehadirannya dalam hidup aku dalam sedar atau fantasi.
saban waktu aku fikir,,saban hari aku berharap jawapan.
aku bertanya sini.
bertanya sana.
resah.
namun aku lupa sesuatu.
ALLAH.


jawapannya hanya Allah.
bila kita sedih kita perlu kekuatan kita perlu cari Allah kerana Allah itu adalah kekuatan.
bila kita hilang arah tuju dek kerana rakusnya makhluk ciptaanNya, kita kena cari Allah sebab cuma Allah yang kena siapa makhluk ciptaaNya.
bukan kau.
bukan aku.
bukan dia.
hanya Allah.


apa aku rasa sekarang?
tak perlu tanya.
aku tak ada jawapannya.
sebab aku cuma manusia biasa..ada khilaf ada jahilnya.
kalau aku masih berlagak bak orang paling hebat pada saat aku jatuh ni nanti Allah bagi balasan lagi pedih.
aku cuma boleh cakap, tak ada apa aku boleh buat.
menangis?
meratap?
merayu?
nothing..semua tu langsung tak ada.
kenapa?
mungkin sebab aku dah terlalu penat dengan semua sandiwara dunia ni.
dengan semua dusta nestapa dunia ni.


aku marah ke? aku kecewa ke?
aku sedih ke?
tipu kalau aku cakap tak.
orang gila je yang tak rasa semua tu dalam keadaan macam ni.
sakit ke aku?
setiap hari aku kumandangkan surah yasin di telinga supaya tidur aku lena.
setiap hari aku kena paksa untuk makan sebelum ibu call,,
so i don't have to lie to my mom that i have eaten instead of not.
jadi sakit ke aku?
tapi siapa aku untuk menolak takdir Allah.
people said that the best lesson to be learnt is through pain.
so basically Allah just want me to learn this lesson in life,,
that not everyone needs you, not everyone loves you.
you just have to accept the fact that somehow there are people who are just there for some times and leaves.
there are people who will use you to make benefit of themselves.
because they are humans.
and human makes errors.


tak ada apa lagi yang aku boleh cakap.
tak ada apa lagi yang aku boleh gambarkan.
habis sudah perkataan dan banyangan.
for you, 
you know who i am.
inside and out.
what i like and don't..what i need and not..what i care and hate.
we know each other so well.
that i don't need to spill even a sip of words to make you to understand how do i feel now.
setel.


maaf?
hanya Allah yang boleh buat orang yang buat salah minta maaf.
sebab kesedaran datang dari Dia.
aku teruk dipersendakan.
dijadikan mainan.
tapi tak apa.
aku serah segalanya pada Allah.
aku tak marah.
aku cuma minta semoga Allah tunjukkan aku jalan keluar dari kekusutan ni.
semoga Allah ampunkan dosa aku,,
dan grant my wish.
timbulkan rasa dalam hati itu.
sebab aku sedar aku takkan mampu dapat yang lebih baik dari itu lagi.
kerana aku bukan lagi yang terbaik.
ALLAH.
BANTU AKU.






!
January 2018 - Mode cari kerja, ON